Jumaat, 7 Ogos 2009

Gambar Majlis kat Rompin

Majlis Tazkirah Dan Ziarah



Kat bandar Pekan





Tengah nyanyi nasyid Maharaja




Masing-masing kecut perut tunggu giliran









Aksi ganas dari Amin & Qodir









Para peserta silat
Semua peserta silat nampak segak dengan pakaian silat dari cawangan masing-masing tapi pasukan silat kami cuma pakai baju t-shirt ngan seluar trek jee..nk buat mcm mn budjet xde.tapi insyaallah selepas ini kami juga akan membuat pakaian silat supaya menjadi lebih bersemangat lagi. so kepada sesapa yang rasa nk sponser pakain silat kami bolehlah sponser contact je pakndak kadir. majlis seterusnya akan diadakan di pulau pinang insyaallah kalau xde ape yang menghalang kami semua akan turun kesana, jadi kita jumpa di pulau pinang......

Sabtu, 1 Ogos 2009

Majlis Tazkirah & Ziarah

Pada 25 julai 2009 kami telah bersama-sama mengikuti majlis tazkirah dan ziarah abjad malaysia yang diadakan di chalet nelayan kampung jawa rompin. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato' Adnan Yaacob.Tapi pada hari tersebut beliau tidak dapat menghadirkan diri atas urusan kerja yang lain. tempat beliau telah digantikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Sahfri Bin Abd Aziz-Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan & Badan-Badan NGO-(EXCO) Negeri Pahang. Turut hadir sama Ybhg Dato' Abd Rahim Bin Dato' Hj. Ibrahim-Ahli Majlis Daerah Rompin, Dato' Hj. Mokhtar Bin Mat Salleh-Bendahari KOSMA Negeri Pahang.


Kami juga telah menyertai pertunjukkan silat yang telah diadakan pada hari itu. sebanyak 8 kumpulan silat dari cawangan yang berdekatan telah menyertai pertunjukkan tersebut. semuanya menunjukkan persembahan yang bagus.sepasang dari kumpulan kami ada yang terlupa tapak ngan buah(qodir n amin)ape la korang wat malu kumpulan kita je....apepun kami dapat membawa balik sekeping sijil penyertaan. kt bawah ni ad sikit gmbr pada majlis tersebut.korang tengokla.

Pak Ndak Kadir






Gambar masa benti kejap kat bandar pekan



Ha ni la dia budak amin.....




Ni Jani ngan Aidil tengah main rotan panjang




kumpulan silat dari johor




Ustad Din memberi penerangan pada semua peserta silat


YB Dato' Hj. Mohd Sahfri beramah mesra dengan peserta silat
diiringi yang dipertu dan timbalan dipertua ABJAD MALAYSIA

ABJAD MALAYSIA (PK 2090)


  • Ada 18 cawangan berdaftar diseluruh Malaysia
  • Tujuan memperkenalkan serta menghidupkan latihan pertahan diri yang berteraskan (berdasarkan) aqidah,syariat,akhlak,pengorbanan diri dan pengorbanan harta
  • Kerana menjaga kesucian agama islam,maruah diri orang islam,keturunan orang islam,harta orang islam,negara umat islam
  • Tidak terikat dengan mana-mana susunan langkahan yang dinamakan latihan pertahan diri atau silat
  • Tidak terikat dengan mana-mana susunan wirid jampiyang dinamakan tarikat
  • Berpegang teguh kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah aliran abu hassan asya'ari dan abu mansur maturidi
  • Beramal dengan fiqh muktabar imam al-syafie dan tidak menolak fiqh muktabar al-hanafi,al-maliki,al-hambali
  • Akhlak atau sufi muktabar imam junaid al baghdadi, al-ghazali, asy sya'rani, al qusyairi dan ulama' muktabar seumpama mereka
  • Menolak dengan tolak yang putus di lidah, anggota dan hati dalam hidup dan kehidupan 72 puak yang sesat dalam aqidah. Menolak 2 puak bida'ah dholalah karohah yang jadi fasik dan bida'ah dholalah haram yang jadi murtad
  • Menolak 13 puak sufi zindik iaitu puak yang pura-pura mengaku diri beramal dengan akhlak sufi muktabar
  • Mengikat kukuh lidah, anggota dan hati hanya kepada allah dalam ubudiah dan minta tolong
  • Menolak kufur maksiat, menjana iman taat
  • Menzahir pemuda yang beriman dan sanggup menerima serta melaksanakan perinta allah