Rabu, 25 Januari 2012

Kembali..


Assalammualaikum wbth... dah lama blog ini sunyi sepi tanpa sebarang berita, insyaallah selepas ini aku akan mengupdate dr semasa ke semasa tentang aktiviti2 yang telah diadakan dan aktiviti yang akan diadakan. sementara itu untuk melihat aktiviti yang telah kami adakan boleh lihat di www.facebook.com/abjadpanching. bagi mereka yang ingin menyertai kami boleh berhubung dengan PakNdak Khadir Badal kuantan panching - 0199807540


"gerak alamat hidup diam alamat mati"

Jumaat, 7 Ogos 2009

Gambar Majlis kat Rompin

Majlis Tazkirah Dan Ziarah



Kat bandar Pekan





Tengah nyanyi nasyid Maharaja




Masing-masing kecut perut tunggu giliran









Aksi ganas dari Amin & Qodir









Para peserta silat
Semua peserta silat nampak segak dengan pakaian silat dari cawangan masing-masing tapi pasukan silat kami cuma pakai baju t-shirt ngan seluar trek jee..nk buat mcm mn budjet xde.tapi insyaallah selepas ini kami juga akan membuat pakaian silat supaya menjadi lebih bersemangat lagi. so kepada sesapa yang rasa nk sponser pakain silat kami bolehlah sponser contact je pakndak kadir. majlis seterusnya akan diadakan di pulau pinang insyaallah kalau xde ape yang menghalang kami semua akan turun kesana, jadi kita jumpa di pulau pinang......

Sabtu, 1 Ogos 2009

Majlis Tazkirah & Ziarah

Pada 25 julai 2009 kami telah bersama-sama mengikuti majlis tazkirah dan ziarah abjad malaysia yang diadakan di chalet nelayan kampung jawa rompin. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato' Adnan Yaacob.Tapi pada hari tersebut beliau tidak dapat menghadirkan diri atas urusan kerja yang lain. tempat beliau telah digantikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Sahfri Bin Abd Aziz-Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan & Badan-Badan NGO-(EXCO) Negeri Pahang. Turut hadir sama Ybhg Dato' Abd Rahim Bin Dato' Hj. Ibrahim-Ahli Majlis Daerah Rompin, Dato' Hj. Mokhtar Bin Mat Salleh-Bendahari KOSMA Negeri Pahang.


Kami juga telah menyertai pertunjukkan silat yang telah diadakan pada hari itu. sebanyak 8 kumpulan silat dari cawangan yang berdekatan telah menyertai pertunjukkan tersebut. semuanya menunjukkan persembahan yang bagus.sepasang dari kumpulan kami ada yang terlupa tapak ngan buah(qodir n amin)ape la korang wat malu kumpulan kita je....apepun kami dapat membawa balik sekeping sijil penyertaan. kt bawah ni ad sikit gmbr pada majlis tersebut.korang tengokla.

Pak Ndak Kadir






Gambar masa benti kejap kat bandar pekan



Ha ni la dia budak amin.....




Ni Jani ngan Aidil tengah main rotan panjang




kumpulan silat dari johor




Ustad Din memberi penerangan pada semua peserta silat


YB Dato' Hj. Mohd Sahfri beramah mesra dengan peserta silat
diiringi yang dipertu dan timbalan dipertua ABJAD MALAYSIA

ABJAD MALAYSIA (PK 2090)


  • Ada 18 cawangan berdaftar diseluruh Malaysia
  • Tujuan memperkenalkan serta menghidupkan latihan pertahan diri yang berteraskan (berdasarkan) aqidah,syariat,akhlak,pengorbanan diri dan pengorbanan harta
  • Kerana menjaga kesucian agama islam,maruah diri orang islam,keturunan orang islam,harta orang islam,negara umat islam
  • Tidak terikat dengan mana-mana susunan langkahan yang dinamakan latihan pertahan diri atau silat
  • Tidak terikat dengan mana-mana susunan wirid jampiyang dinamakan tarikat
  • Berpegang teguh kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah aliran abu hassan asya'ari dan abu mansur maturidi
  • Beramal dengan fiqh muktabar imam al-syafie dan tidak menolak fiqh muktabar al-hanafi,al-maliki,al-hambali
  • Akhlak atau sufi muktabar imam junaid al baghdadi, al-ghazali, asy sya'rani, al qusyairi dan ulama' muktabar seumpama mereka
  • Menolak dengan tolak yang putus di lidah, anggota dan hati dalam hidup dan kehidupan 72 puak yang sesat dalam aqidah. Menolak 2 puak bida'ah dholalah karohah yang jadi fasik dan bida'ah dholalah haram yang jadi murtad
  • Menolak 13 puak sufi zindik iaitu puak yang pura-pura mengaku diri beramal dengan akhlak sufi muktabar
  • Mengikat kukuh lidah, anggota dan hati hanya kepada allah dalam ubudiah dan minta tolong
  • Menolak kufur maksiat, menjana iman taat
  • Menzahir pemuda yang beriman dan sanggup menerima serta melaksanakan perinta allah

Jumaat, 31 Julai 2009

Abjad Malaysia

Allahyarham Tok Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani
Pengasas ABJAD MALAYSIA


Tuan Guru Hj Ahmad Hj Che Din
Yang Dipertua ABJAD MALAYSIA



Tuan Guru Hj Idris Hj Mahmud
Timbalan Yang Dipertua ABJAD MALAYSIA



ABJAD MALAYSIA




Yayasan ABJAD
Angkatan Bina Jati Diri




Abjad Panching Kuantan

Assalammualaikum.. kepada semua pengunjung blog. kehadiran blog Abjad Panching Kuantan ni hanyalah sekadar untuk membuat sedikit coretan tentang aktiviti-aktiviti yang telah cawangan kami lakukan.Abjad Panching Kuantan ini adalah salah satu cawangan yang duduk di bawah Abjad Cawangan Pahang Timur dan dibawah naungan ABJAD MALAYSIA.Antara Aktiviti mingguan kami ialah mengadakan latihan padang(bersilat) dan mengadakan majlis katam quran setiap hari khamis malam jumaat dan juga menghadiri majlis ilmu atau majlis tok guru sekiranya ada. semua aktiviti kami diadakan dirumah PakNdak Kadir salah seorang badal di cawangan Pahang Timur yang bertempat di Felda Sungai Panching Selatan. sekirannya ada aktiviti-aktiviti terbaru kami akan masuk dan ceritakan di blog ini. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang ABJAD MALAYSIA sy akan sediakan link-link yang berkaitan di sebelah nanti, atau google je.. kt internet abjad malaysia atau silat abjad.sekian tima kasih...

"Gerak Alamat Hidup Diam Alamat Mati, Bergeraklah Olehmu"